THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, February 1, 2009

19 Jan 2009

Menurut Ibn Khaldun tamadun mempunyai 6 ciri. Antaranya ialah agama, kenegaraan, undang-undang, cara hidup bandar, penulisan dan juga seni.

Konsep pembangunan tamadun Islam menekankan aspek rohani(agama) dan jasmani(fizikal). Manakala konsep pembangunan tamadun Barat pula ialah sekular.

Antara kesan buruk tamadun Barat ialah keruntuhan akhlak yang berleluasa, kerosakan jiwa, dan institusi keluarga yang minimum. Walaubagaimanapun kesan tamadun Barat juga mempunyai kebaikan seperti wujudnya teknologi maklumat, penciptaan alat dan jentera, serta peningkatan ilmu dan pendidikan.

Asas tamadun ialah akidah, ibadah, akhlak, syariat dan ilmu.

Akidah iaitu konsep kepercayaan kepada Rukun Iman iaitu percaya kepada Allah S.W.T, para rasul, para malaikat, kitab-kitab, hari akhirat dan qada’ dan qadar..

Ibadah iaitu perlaksanaan melakukan peribadatan dan ketaatan kepada Allah S.W.T. Ibadah terbahagi kepada 2 iaitu Ibadah Khusus dan Ibadah Umum.

Akhlak merupakan kelakuan semulajadi manusia. Akhlak yang baik dapat menjaga hubungan manusia dengan Allah S.W.T, manusia sesama manusia, dan makhluk lain. Selain itu, akhlak yang baik juga sebagai panduan untuk manjalani kehidupan yang baik.

Syariat merupakan peraturan-peraturan(garis panduan) yang dang ditetapkan Islam untuk melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T.

Ilmu ,merupakan wahyu Allah S.W.T yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. Dengan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, sesebuah tamadun dapat diuruskan dengan baik.

Sunday, January 11, 2009

attentiOn...ni blog aku khas tOk CTU..

sila la bace blOg aku nie ye......hehe